15 April 2009

selingan kejap...

salam,

aku suka petikan kata-kata ni dari sunnah berjuang didendangkan nadamurni.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang

kalau kita rasa kita benar, kita berjuanglah setakat mampu. memang ianya perit. habis tu, kalau senang 24 jam bak berforum di internet, mana sesuainya istilah 'juang' tuuu...

bila kalah, bangun balik dan terus berjuang. jangan terus tergolek kat lantai. lantak-kan aje sms-sms bangga diri yang diorang hantar tu. omputeh kata, persevere walau perit mana pun. pastikan penyudahnya samada kalah pasal syahid atau dah menang.

No comments:

Post a Comment