14 April 2009

gigih la kuhnunnnnnnn...

salam,

semalam aku nak ber-blog tapi tak dapat. ada sesi bersidang kat kedai mamak pulak. sakan la berborak sampai 1.30 pagi. banyak la cerita dan isu dibincangkan.

hari ni, aku nak ber-blog siang tadi tapi asyik ditangguh-tangguhkan. kengkonon nak habiskan kerja pejabat dulu. tapi, hampeh jugak. kerja tak siap jugak. baik ber-blog je. dah la banyak mende aku boleh jadikan topik blog tadi. macam air mencurah-curah pulak...
pasal isu panas semalam, pasal sakit hati tak ter-settle, pasal mencandat sotong, pasal main computer game, pasal file rapidshare yang hilang, pasal tolong staff aku, pasal deadline kerja khamis ni, pasal meeting qat 2 jam, etc. banyak kan?

jadi sekarang ni aku nak ber-blog dengan penuh gigih.
duduk.
tengok skrin.
main sms.
baring.
check IM.
tengok bulan.
kira bintang-bintang.
korek hidung.
basuh tangan.
minum air.
tengok jam.

aihhh blank la pulak otak aku ni... aku tak reti cemana nak start menulis pulak dah. ahhh lantak la. esok je la, kalau aku dapat ilham nanti.

aku nak main game kejap.

2 comments:

syitah said...

woh bagusnya membasuh tangan selepas mengorek idung..

hehe

Faizul said...

owhhh, mesti la basuh tangan dulu, syenite. baru la seorang yang pembersih akakakakakakaaa...

Post a Comment