27 April 2009

sedihnya...

salam,

hari ni seperti biasa adalah giliran aku mengadap lembaga pengarah untuk sesi Audit Committee. adat la kalau kampeni dah tersenarai kat bursa malaysia kan. seperti biasa, aku akan buat presentation pasal status internal audit, risk management dan corporate governance kat kampeni aku.
group fc aku pulak kena present pasal status kewangan.
group ceo aku seperti biasa kena la jawab apa yang patut bila lembaga pengarah dah bertanya. biasanya, kitorang masing-masing la jawab sendiri. group ceo cuma bersuara kalau dia nak jawab extra tang mana yang patut je.

esok, sesi AGM dengan shareholders dan lepas tu, sesi bersidang penuh untuk semua ahli lembaga pengarah. seperti biasa, kitorang kena standby kot-kot dipanggil untuk jawab apa-apa ketidaktahuan yang group ceo mahukan kita jawab sendiri.
dedulu, aku pun kena masuk duduk full time kat dalam.
sekarang, aku lepak kat luar bersama bos-bos lain. masuk bila dipanggil je. sebab aku sorang je umur awal 30-an dalam tu. lenlain dah umur range 50-75 aje. sorang-sorang pun pangkat besar dan bertitle Dato', Raja Dato' Seri, etc.

opsss, nak cerita lelebih pun tak boleh. karang bursa malaysia dakwa aku kat mahkamah konon dedahkan insider info pulak.

okeh, yang sedihnya, hari ni bos aku iaitu Audit Chairman Raja Dato' Seri dah umumkan dia nak bersara dari jadi ahli lembaga pengarah kampeni aku. dan sorang lagi bos aku, Dato' Dr pun sama nak bersara jugak.
dedua ni memang baik, berilmu, professional dan betul-betul independent. al-maklum la, sorang ni akauntan tersohor dan sorang lagi pakar perubatan tersohor jugak. diorang pun jadi chairman kat banyak kampeni-kampeni besar di malaysia ni. bukan calang-calang pun...

hopefully, lembaga pengarah aku akan cari pengganti macam diorang jugak.
tapi for now, aku dapat bos baru iaitu seorang Dato' yang profession asalnya pun akauntan macam aku jugak. harapnya dia boleh jadi bos yang berkaliber macam bos-bos berdua tu.

kenapa aku ada banyak bos? eheheheheh sebagai head of internal audit sebuah kampeni tersenarai di bursa malaysia, aku kan report direct kepada Audit Committee... semua ahli committee tu adalah bos-bos aku le.

kepada Raja Dato' Seri dan Dato' Dr, saya doakan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dibuat. terimakasih atas segala sokongan dan tunjuk-ajar yang diberikan selama ini!

4 comments:

sebi said...

wah...ilmiahnya...saya cuba memahami dari sudut yang lain.....

pk said...

tak kekar dan sasa le sedey sedey camni noqs

Faizul said...

wahahahah pk, apa boleh buat. sesekali kena la tangkap leleh jugak.
sebi, perli aku ye. hampeh le...

syitah said...

tl:dr

;p

Post a Comment