salam,
sekarang ni aku sering bertugas di perantauan. ala, bukan jauh-jauh macam dulu. kat KL je hahaha. dan bukan sampai berminggu-minggu macam dulu pun... tapi aku suka. sebab kali ni aku bertugas kat site. kenapa best? sebab aku dapat betemu ramai yang kebanyakannya berpendapatan rendah. melayu, kadazan, jawa, kerinchi, india, cina, bajau, burma, etc.
aku bekerja bersama diorang dari pagi hingga ke malam. macam-macam pengalaman aku bersama diorang...
* kalau takde lori yang lalu supaya kitorang boleh tumpang, terpaksa la menapak sejauh 1km panjat/turun bukit untuk masuk/keluar dari site... sambil berjaga-jaga tak dikejar kera hahaha.
* atas stockpile batu/pasir yang basah dan kotor, duduk atau baring terbongkang lepaskan lelah.
* bawah terik mentari, depan warung plywood tepi kabin pekerja, kitorang kena tunggu giliran untuk beli lauk nasi, kangkung rebus dan ikan goreng (makan dengan sambal; sedapnya!) yang dimasak Kakak (wanita indon, isteri pekerja indon di situ). oh ya, para pekerja burma tak beli makanan. diorang masak nasi sendiri. lauk pun, cuma sayuran/dedaunan saja :'|
* dekat waktu maghrib, kitorang dah bersiap berkerusikan tanah dan berbumbungkan langit sambil menanti keindahan matahari terbenam berlatar-belakangkan KL.
* dan malamnya, apabila kerja semakin berkurangan, makin ramai datang berkumpul depan kabin. bersembang sesama sendiri. makan dan minum bersama. dengan penuh asyik, kitorang dibuai muzik pelbagai bahasa dan rentak. nyanyian sumbang para pekerja pun turut hiburkan kitorang :)
inilah sedikit cerita kegiatan aku bersama diorang sepanjang minggu. kisah hidup diorang? pengalaman diorang? topik sembang diorang? amat panjang untuk aku ceritakan. tak adil untuk aku cuba ceritakan dalam post blog yang pendek...
kesimpulannya, aku sedih dengan kisah hidup dan pengalaman diorang. aku insaf bila aku bandingkan diri aku dengan diorang. tapi aku kagum dengan semangat diorang. aku terharu dengan kebahagiaan diorang yang tulen walaupun dalam kehidupan yang sempit. dan, aku hargai segala nasihat dan panduan yang mereka tak lokek nak kongsikan dengan aku.
setiap hari, selepas waktu kerja, aku menapak ke bawah bukit dalam kegelapan malam dan aku akan rasa sebak. air mata aku tulus jatuh tak mahu tinggalkan site dan kembali ke hotel mewah aku. aku mahu kekal bersama diorang supaya aku sentiasa dalam keinsafan. supaya aku sentiasa mengingati Tuhan...
aku jugak mendapat ketenangan kat masjid berdekatan site tu. biasanya semasa aku solat jamak qasar zohor-asar dan maghrib-isyak. selepas solat, aku akan duduk/baring rehat sambil bertafakur. kini aku fahami kenapa ada antara umat islam yang sengaja merantau dan berkelana di masjid-masjid. ketenangan, keinsafan, perasaan nyaman bertafakur dalam rumah Allah itu langsung tidak sama berbanding dengan di mukim sendiri. aku jugak rasa selamat dalam rumah Allah, bagaikan aku ini sentiasa ada pelindung yang menjaga.
korang, aku tak pandai bermain kata-kata. sebab tu, mungkin korang tak dapat fahami kisah aku tulis kat blog ni. kalau la aku mampu, aku pun nak korang habiskan 1 minggu hidup sebegini, supaya korang dapat rasakan apa yang aku rasa.
ianya amat amat amat menyentuh hati dan membuka mata...
mungkin post aku kali ni hampir sama mesejnya seperti yang ini --> bersyukurlah.. tak apa lah. apa salahnya, kan?
nota:
Kakak, terimakasih atas teguran dan nasihat kakak. benar, saya seharusnya pikirin banyak terlebih dahulu sebelum nekad buat keputusan. Ga usah terburu-buru, kan?
siapa sangka, kakak seorang tukang masak yang punyai kelulusan ijazah sarjana muda di universitas indonesia sana, kan? semoga Kakak dan suami berjaya menabung dan pulang hidup bahagia bersama anak-anak ya. Jangan lupa apa yang saya pesan, IDD 132 00 melalui maxis prepaid ya!

7 comments:
Faizul... Jom carik buku ni... Hehehe
http://centralavenuepublishing.com/Books/I%20Wrote%20This%20For%20You/files/9781926760681.jpg
♦♦orked♦♦; best ke buku tu? buku apa tu? tajuknya?
jauh perjalanan luas pemandangan bro..
kata seorang sahabat teman..
"bersahabatlah dengan orang yang keaadaanya membangkitkan semangatmu dan kata katanya banyak menyedarkanmu ke jalan Allah"
abang botak; mohon izin dan share statement ni, boleh ke?
bole saje nyah..opsss keke
xtau.. buku tu xde kt sini.. huhu
abang botak; hoi, macam dah boleh kenal je sapa ni hahaha
♦♦orked♦♦; hehe kena la cari kawan belikan, kalau camtu
Post a Comment