01 June 2012

adu pada siapa?

salam,

kadang-kadang, aku juga perlukan tempat untuk aku luahkan rasa hati aku. curhat, kan? aku adalah seorang manusia biasa yang tidak sunyi dari rasa rendah diri, ragu-ragu dan takut.

tapi, curhat kepada siapa?

mungkin kerana dalam dunia nyata tu aku tampak kuat + rajin selesaikan masalah kengkawan + sentiasa ada jawapan untuk apa-apa situasi/kerunsingan + pendengar yang baik? sepertinya aku ini tiada masalah. kalau ada masalah pun, ianya tak mampu gugat aku. itulah imej aku dalam minda mereka.

jadi aku tiada tempat mengadu.

kerana bila aku mengadu, mereka tidak percaya dengan apa yang aku katakan. malah, tidak mahu ambil tahu. kerana mereka tidak mahu percaya aku ini 'lemah' seperti mereka. malah, ada yang kata aku ini bersifat seperti budak kecil bila mau mengadu pasal itu-ini. oh, mereka boleh, tapi kalau aku, tak boleh?
mereka mahu aku wujud seperti imej yang mereka bayangkan tentang aku.

sedangkan, aku hanya manusia biasa...

6 comments:

♦♦orked♦♦ said...

adu pada DIA...
He always listens..

btw, u can write it here..
ramai yg sudi baca n share ur probs..
dont worry bro.. =)

Faizul said...

♦♦orked♦♦; betul kan, kita patut mengadu dan berdoa kat DIA kerana hanya DIA yang mampu selesaikan huhuhu... tapi saya selalu lalai.
saya taip kat sini pun sekadar meluahkan aje hehehe.. tak mau susahkan para pembaca :)

♦♦orked♦♦ said...

Xpe, sy pon ada prob yg sama..
Duk simpan prob sorg2...
Mmg x best.. Huhu

Faizul said...

♦♦orked♦♦ pun ada jugak? habis tu, apa penyelesaiannya? boleh kongsi kat sini jugak hehehe

♦♦orked♦♦ said...

i've stopped sharing my probs..
hehehe

Faizul said...

♦♦orked♦♦ haha tu jalan mudah jugak kan...

Post a Comment