30 January 2012

2 perkara!

salam,

korang suka mengata aku macam-macam, kan? dan aku tau, 2 perkara ni yang sering korang katakan. aku memang terasa sangat, tapi aku lebih suka diamkan saja. aku anggap ini semua ujian Tuhan.

ada kata aku sesat. hanya kerana aku berkata-kata tentang agama berdasarkan pemahaman aku? dan bukannya aku suka jatuhkan hukum tentang itu-ini. aku cuma tanya bagaimana satu hukum itu dicapai berdasarkan nas dan dalil. aku tak mau jadi burung kakaktua. aku mahu fahami dan kemudian, boleh aku ajarkan/sampaikan ilmu kepada yang lain. salah ke?

oh ye, tidak korang terfikir bagaimana aku fahaminya? sudah tentu melalui bacaan, kajian dan carian ilmu dari segala sumber, termasuklah mengaji dengan para guru. aku takkan ikut resmi tin kosong, bercakap tanpa ada isi.

aku ikut resmi padi. makin berisi, makin menunduk.
makin berisi; membawak makna aku sentiasa belajar. sentiasa isikan diri aku dengan ilmu. kenapa? kerana apa aku fahami hari ni, tak semestinya betul atau diboleh-pakai pada kemudian hari. tanpa pembelajaran berterusan, bagaimana aku akan tahu dan perbetulkan kesalahan aku?
makin menunduk; membawak makna aku manusia biasa. aku mesti ingatkan diri bahawa kalau aku takbur dan yakin aku sentiasa betul, pembelajaran aku telah terhenti. sedangkan aku tak maksum, semestinya ada salah-silap.
bila aku menunduk, aku diingatkan kekurangan aku. ini buatkan aku terus mencari ilmu dan kesannya, aku makin berisi. salah ke?

ada kata aku lalang. hanya kerana aku diam, lebih suka bersetuju dan tidak melawan? salah ke? aku tak suka tonjolkan diri. aku suka dengar dan tapis sendiri kata-kata orang. aku tak mudah terpengaruh ye.
aku hanya bersetuju dengan perkara yang benar. dan, aku takkan mengelak dari menidakkan perkara yang salah. cuma cara aku pasif. kenapa perlu aku bertempik dabik dada berkokok gegarkan dunia semata-mata nak tunjukkan aku ni melawan?

sedarlah, memang lalang tu tampak berbuai ke kiri ke kanan ditiup angin, tetapi bila cuba digenggam atau dipijak, rasakan ketajaman daunnya!

aku tunduk tapi tak menyembah
aku diam tapi tak menyerah
aku akur tapi tak mengalah
aku lembut tapi tak lemah
aku senang tapi tak mudah

2 comments:

akak comel terdiva said...

ye..adik faizul memang lembut..itu akak akui seratus persen...

Faizul said...

hoi akak comel terdiva, bukan lembut yang tu lah! hampeh.

Post a Comment