30 May 2011

prinsip berkawan...

salam,

bab berkawan ni, payah... kan? kita takkan tau apa batasan kita. kita cuma boleh teka dan kalau berani, mencuba untuk pastikan itu batasannya atau bukan. kalau nasib kita baik, selamat lah. kalau nasib tu tak baik, mungkin putuskah persahabatan itu? sanggup ke mencuba?

bab ni, prinsip aku berserabut sikit.

aku akan andaikan kawan aku ni mampu berfikir secara matang. jadi apa saja dia nak buat, aku simpulkan yang dia dah habiskan masa buat apa yang patut sebelum capai keputusan itu. baik-buruknya, itu dia tanggung sebab dia sendiri yang buat.
tentunya, aku ada pendapat aku sendiri. tapi aku akan berdiam-diri melainkan ditanya. bila ditanya, aku akan berterus-terang direct ke muka dia. terpulanglah pada dia untuk terima atau tidak. aku tak akan halang dia...
dan selepas itu, kalau kawan aku buat jugak, aku akan support dia.

kalau perkara baik, baguslah.
tapi, kalau perkara tak elok, bukannya aku pun join buat jugak. maksud aku, selepas itu lah...
tentunya selepas itu dia akan terima 'balasan tuhan'. kalau dia menyesal atau menderita, maka aku akan support dia masa tu. bagi semangat, sentiasa ada kat sisi, bagi nasihat, dengar luahan kesal, sama-sama kerah tenaga, etc. aku tak akan pulaukan atau abaikan dia...
semoga dia akan kembali pulih dan menjadi lebih baik?

yang penting, dia tetap faham aku tak sokong atau bantu dia buat perkara tak elok itu sendiri.

betul ke konsep aku ni? ha ha ha!

12 comments:

Itawinrum Nauza said...

apa kata kita guna prinsip akaun tingkatan 5?

Faizul said...

Itawinrum Nauza; apa kata kita guna prinsip 5S?

gadis solehah said...

bersantai di tepi pantai sambil memandang ke laut,adakah salah satu prinsip?

Faizul said...

gadis solehah; laut itu tetap tenang okehhh

. said...

terlalu banyak berfikir kau ni.

hehe.

Faizul said...

bang nizamsani; aku dah bagi nombor kau kat sedara aku yang masuk sana. kalau ada kecemasan, aku bagitau dia cari kau... hehe..

♦♦orked♦♦ said...

erk....

Faizul said...

♦♦orked♦♦, napa erkkk tu

syitah said...

bagus gak..selemah-lemah iman ialah dengan menidakkan dalam hati. konsep being with your friend after kemanisan hilang tu lebih wajar dan betul.

i'm not a good friend in that sense ;( i didn't help a friend out by being there for her. bkn setuju dgn benda dia buat tapi klu bkn kwn, sapa lg dia nak turn to. family jauh kan. but then, i had to choose between her and my parents' wish.

klu mcmni, mcmane plak?

Faizul said...

syitah, sometimes, situasi tu sendiri tak favorkan kita dan kita kena pilih satu jalan saja. anggaplah ini kehendak Tuhan dan mungkin ada hikmah disebaliknya.
saya pun biasanya akan bertindak ikut situasi. kalau ianya mewajarkan saya bersuara atau pun saya yakin pandangan saya diterima, saya akan bertindak sepatutnya.

Anonymous said...

bila berkawan lg senang nak sound direct je sbb kawan kan?..tiada kepura2an..

Faizul said...

Anonymous... haha susah jugak nak sound direct pasal kita kenal dia dan kita tau dia rasa dia betul dan mesti dia tak terima teguran kita. bagi dia, hak dia nak buat apa dia suka.
aku pun tak berpura-pura sebab kalau dia tanya, aku akan berterus-terang.

Post a Comment