24 May 2011

laut biru I

salam,

kat redang, aku ambik masa petang tu untuk jalan sengsorang tepi pantai selepas balik dari snorkelling. tengok laut. masa tu takde sapa yang mandi atau berlatih snorkelling.

laut nampak cukup tenang. alunan ombaknya dan desiran air yang memukul pantai tu memang memukaukan aku. tenang mata aku memandangnya. tenang hati aku dibuatnya. aku tenung laut tu. blissful sangat perasaan hati aku masa tu. rasa nak duduk seharian tengok laut je...

kemudian, tetiba otak aku cerdas sangat terus cetuskan idea yang laut ni nampak tenang, tapi di bawah permukaan yang tenang itu, arus-arusnya bergolak kuat merobek sesama sendiri. sama macam aku...

sama macam aku. sentiasa tenang. sentiasa senyum. sentiasa busybody dok tolong orang. sentiasa sukarela selesaikan masalah. sentiasa on top of things. tapi dalam hati...

tetiba,
aku rasa hiba sangat.
aku rasa sayu sangat.
bodoh la otak aku ni, bodoh bodoh bodoh...

9 comments:

♦♦orked♦♦ said...

ayat mkin bunga2...

thats life bro..
keep on smiling k.. =)

ekane said...

wow..kata2 gibran yg baru kah ni"laut itu tetap tenang"

Faizul said...

♦♦orked♦♦; haha tu la, tak tau kenapa tetiba semenjak dua ni asyik dok jiwang pulak. walhal asalnya blog ni nak dipenuhkan dengan cerita mengarut, lawak atau fun je.

ekane; laut itu tetap tenang kerana bulan itu tetap indah... oihhh kena bukak blog mehateguys baru kah? opssss sori kak j.

Anonymous said...

ye la..masa menyotong (candat) dulu mana sempat nak menikmati keindahan alam sebab terbaring je dalam bot kan..

Faizul said...

hoihhh Anonymous, masa menyotong hari tu ai sehat je okehhhh... jampinya mantapppppp keh keh keh

Itawinrum Nauza said...

tenang ku sambil menulis CGPA di atas pasir...damai

Faizul said...

Itawinrum Nauza; sudehhhlehhhh show off khennnn

Anonymous said...

ekane: oooo...sempat lg perli2 yek kat sini ... sok ada gerhana bulan.. sila tengok ok...hahaha..

pejol: cantik kan laut..smalam br balik dr teluk batik tgk laut pastu balik..buat letih badan je ni..

Faizul said...

Anonymous... laut memang cantik.. apatah lagi bila berombak kuat tapi tak terlalu kuat sangat.. dengan alunan air, desiran alam, tiupana angin, etc...

Post a Comment