01 July 2009

minah kajang :{

salam,

dulu, aku pernah minat kat sorang minah ni. aku jumpa dia lepas balik dari satu assignment. rupa-rupanya dia dah lama kerja kat situ cuma aku je tak tau pasal aku selalu kena keluar buat assignment. aku mintak tolong kat kawan aku ni untuk approach dia, sebab diorang berkawan satu pejabat. pelan-pelan, dapat le aku approach dia dan lepas tu saling berhubung melalui telefon dan email. aku andaikan dia nak kaber kaber kat pejabat pasal tak nak kengkawan pejabat tau.
lepas beberapa bulan, kawan aku bagitau suruh berjaga-jaga. aku tanya kenapa. dia kata minah ni selalu berdating dengan kawan sepejabat aku. memang hensem habis la mamat ni. rebutan ramai kat kampeni aku. aku tanya la kat minah ni. dia kata diorang berkawan je. konon pasal 'nama dia sama macam nama ex pertama dia yang buatkan dia frust bertahun-tahun'. aku pun percaya la. bodoh kan, aku ni?
tak lama lepas tu, aku dapat tau dari kawan aku dan beberapa orang lagi yang diorang ni datang kerja bersama. bila nak masuk lif naik ke pejabat, sorang masuk dulu dan sorang tunggu. bila yang kat atas dah masuk pejabat, baru sorang lagi pulak naik.

kemudian, kawan aku suruh aku lupakan minah ni. rupanya, katanya masa berborak reramai, minah ni ditanya pasal suruh pilih satu antara dua dan jawapannya "antara laki baik dengan laki hensem, ### pilih laki hensem. hati jahat boleh diubah jadi baik tapi rupa buruk, tak dapat."

rupa? merujuk kepada aku la tu kannn? tak dapat aku ceritakan betapa teruknya aku terpukul dengan statement tu. sampai sekarang, aku masih rendah diri dengan perempuan pasal paras rupa aku. aku akur je la dengan fakta kehidupan ni.

aku sedih pun, bukan ada orang nak pujuk. paras rupa aku tak melayakkan aku dipujuk, kan? :`(

10 comments:

Anonymous said...

ajak amy kampung colek tu kawin cepat2 le..hihi

eryn jelita said...

nak pujuk ke tak ni?

akak comel said...

sabar adik faizul..walaupon muka kau buruk..kau kena sabar

Faizul said...

anonymous: hai, sapa amy kampung colek? kat mana tu? :)

eryn: ekkekeke pujuk pun tapi kalau kena tidur luar lagi, tak guna jugak kan...

akak comel: sedang bersabar sentiasa le ni...

. said...

aku tak tau nak komen apa,tapi aku taip la kat sini juga.haha.

Faizul said...

nizamsani, sila promote blog aku la kalau camtu, sebagai ganti takde komen, muahahahaahha...

Pinkjambu said...

sape minah tu? meh ako lempang.. (samseng ttibe)

pk said...

rupa buruk leh buat makeover la skg nih...janji kaya mcm muhammadfaizul..ahaks

syahza said...

ape kata ko kuruskan skit badan ko..

kgkwn laki aku mana yg rasa dorg buruk lps kurus trus aku rasa mcm ensem..

Faizul said...

bulan: lupakanlah minah tu. fikir pasal kita je ye. maleh nak tidur luar dah ekekekekek

pk: teman idak kaya pun, tu yang makin parah tu muahahahahhhh

syahza: ekekeke aku cuba usahakan ok.

Post a Comment