salam,
615pm tadi aku nak pergi lepak dengan syam.
on the way, dekat nak sampai kat satu lampu trafik ni, aku nampak la sorang ni. dia pergi dekat tingkap kereta myvi putih yang dah berhenti kat depan sana tu. dia cakap apa ntah. bila drebar kereta tu macam tak layan balik, dia gostan balik ke tepi jalan. masa tu aku dah makin dekat. nampak la kat pinggang dia bersusun henpon dalam 4-5 bijik. mak aihhh, banyaknya henpon dia, gamaknya dia nak jual henpon kot?
bila kereta aku dah berhenti, tetiba dia datang dekat aku. masa tu, aku tak sedar pasal aku dok tengok depan. tetiba dengar suara kat tepi tingkap. aku pusing, perati le dengan penuh blur. ooo, rupanya dia mintak nak tumpang kereta sampai ke roundabout depan sana. aku pulak masih blur, tanya la kat dia, nak pergi mana? dia jawab dia nak ke hospital.
dengan automatik, tak sempat fikir apa-apa, aku terus alihkan beg notebook PC dan fail lab aku. bukak pintu dan jemput dia masuk.
mungkin pasal masa tu, hati aku terus je hiba kerana belas-kasihankan dia. kalau ikutkan, hospital tu tak la jauh mana. dalam 3km kot. tapi, berpeluh jugak la kalau nak jalan apatah lagi matahari masih terik masa tu. dah la dia ni aku tengok dalam umur awal 50-an atau hujung 40-an. pakai tshirt mmc-gamuda kalau tak silap.
terbayangkan entah berapa banyak kereta dia ketuk mengemis mintak tolong tapi diabaikan. terbayangkan orang tua camni terpaksa jalan berkm-km di bawah panas matahari. kesian, kan?
masa ke hospital tu, borak la setakat mana yang sempat. tak de pun nak bertanya nama ke apa ke. dia nak jenguk kakak dia kat hospital. dia duduk kat kl tapi hari ni ada kerja kat ipoh. jadi dia ambik peluang pergi melawat. dia dah naik bas dari tempat kerja tu tapi bas tu tak lalu kat hospital jadi dia terpaksa turun kat bus stop dalam 500m dari lampu trafik tadi.
tak tau la betul ke kakak dia sakit kat hospital tapi pasal bas tu, memang betul la. perkhidmatan bas kat ipoh ni memang sedikit mengecewakan.
kesian lak nak biarkan orang tua ni berjalan lagi sebabnya dari roundabout tu, ada la dalam 1km nak sampai ke hospital. jadi, aku terus je la ke hospital dan turunkan dia kat seberang jalan. masa bersalam tu dia ucapkan terimakasih dan aku ucap terimakasih balik. aku cakap, kalau aku tak tolong orang hari ni, lain kali, sapa pulak nak tolong aku.
aku tak tau kenapa aku cakap terimakasih pulak kat dia.
tapi bila aku fikir balik, memang sewajarnya aku ucapkan terimakasih. pasal aku dapat hikmah dari peristiwa ni. sebabnya bila dia dah masuk dalam kereta, ada terdetak di hati aku kot-kot dia ni jahat dan akan acu pisau/pistol kat aku masa dalam kereta nanti. panik le kejap. mula la sedih teringatkan mak-pak aku. tapi, aku pasrah je. jadi la apa nak jadi pun, asalkan niat aku dah asalnya baik. kalau mampu, melawan sebelum ajal.
terbukti, tuhan sayangkan aku. malah beri peluang aku kutip pahala selain menginsafkan aku tentang buruknya sifat pentingkan diri sendiri sahaja. syukurlah sifat belas-kasihan, bukannya sifat selfish, yang menguasai diri aku masa tu.
memang masa aku angkat tangan kat dia sebelum bergerak dari situ, hati aku dah terkedu sayu insaf pun.
lepas tu aku bawak laju sikit. sebab jam dah dekat 640pm. janji dengan syam nak sampai sana 630pm. tapi bila aku sampai, aku tengok takde pun dia kat mana-mana. rupanya, dia lagi le lambat dari aku.
hampeh betul blogger sorang ni, chettt!

18 comments:
mungkin jam si blogger msuk jamban kot.tu yg lmbt tu.ekekeke
gadis solehah, aku yakin, benarlah kata-kata mu itu.
bersangka baik...mungkin abg blogger tu lambat sbb ada hal...appointment ngan tokbatin kut wikiki...
eleh, blogger tu ada 1001 alasan. berak la, jaga bangla repair office la, tutup pc la, anak demam la, TB la, demam la, rumah tengah renovate la, FB down la, etc...
owh jgnla lupe satu lg sebb
mgkin migrain..ekekeek
oh ya, benar tu gadis solehah... mungkin migrain. mungkin jua baterinya habis...
masih bersangka baik...mungkin beiau lambat sbb berak batu,henpon jatuh dlm jamban,tak jumpa kedai..hmmm bersangka baikk....
melastikbintang, dia lambat pasal tengah mintak lesen kat bini. TB1N1 dia tu...
wahhh...penyakit apakah TB1N1 tu?sesuatu sungguh..
insankerdil, TB1N1 = Takut Bini muahahahahha...
wowww..bahaya sungguh penyakit iteww..opssss
insankerdil, penyakit ni memang amat bahaya. kena lari jauh-jauh takut terkena. kalau terkena, haruslah dok bersms lapor diri setiap 5 minit... naya betul
amat serius rupenye penyakit yg di hadapi si blogger ini..adakah cara utk mengatasinya..bersimpati sungguh gadis..(nangis2)
gadis solehah, tiada lain ubatnya melainkan minum 1 gelas air beo orah yang amat jernih dan tidak berbau serta khasiatnya seakan-akan air zam-zam. marilah kita pujuk syam ni jadi downline kita...
blogger tu dulu, kini dan selamanya camtu ekekkeke...kene tambah masa sejam utk mandi n solek
pk, apa boleh buat, udah nasib blogger tu kena T-B1N1... kita bersimpati je la ye...
wahhh baiknye kak pai ni.. ni yg buat saya makin sayang nih... syukor alhamdulillah.. sambil menadah tgn lagi entah kali keberapa...
blogger ittiew selalu lambatkah? ekekekke
dan sebenarnya, oh bulan, saya jua sayangkan bulan.
blogger itu? memang tak normal la kalau dia tak lambat...
Post a Comment