21 May 2009

maktuk dah 89 tahun...

salam,

masa nak balik kerja semalam, makcik telepon. dia kata kena datang rumah lepas isyak. ada makan-makan nak sambut harijadi maktuk (dah lepas beberapa hari pun...). mende ni rasanya tetiba je deme terfikir nak buat.

aihhh, dah janji dengan si hairul, syam & ekin nak lepak 8.30pm karang. cemana ni. ingatkan nak hantar ekin 830pm lepas tu pergi rumah maktuk le. lepas habis majlis, join le sesi lepak pulak. tapi si syam kata kenselkan je la. tangguh ke malam ni pulak.
alasan syam, dia malu. elehhh, malu kunun. ala-ala cari alasan baru la kan pasal alasan migrain dah basi dan alasan TB tak relevan lagi.
jadi, lepas isyak, aku dengan mak pergi la rumah maktuk. bapak datang terus dari surau. majlis kecil-kecilan je. makanan pun ala kadar je.

tapi semua anak-anak maktuk yang ada kat ipoh ni datang. maksu & paksu & anak, paklang & maklang & anak-anak & makteh dan maklong & paklong & cucu. meriah la berborak sakan sebab bukan selalu deme adik-beradik dapat berkumpul reramai pada satu masa.

maktuk,
maktuk dah umur 89 tahun. maktuk jangan la dok kuatkan diri nak buat kerja-kerja berat lagi. lepak main dengan kucing je dah le. lagi satu, kena rajin minum air tau. makan pun jangan setakat 2-3 jemput nasi je. sebab nak (dan berdoa) maktuk boleh lepak banyak tahun lagi dengan kitorang.

lagipun, maktuk la pengganti rindu untuk arwah tokwan. sayang kat maktuk... :-)












note: hmm, kenapa aku tak boleh buat full justify untuk paragraph entry ni?

9 comments:

Anonymous said...

syam ngan mike je dia tak malu mukk..dengan aku pun dia nak malu..sesuatu sungguh..

abg terhangat said...

hoihhhh...ampess lew kutuk2 merk..mencikk lew!!

gadis solehah said...

bru sbut kt mukk..sesuatu betul syam ckp malu2 ngn hairul..ermmm moskel ni.

Anonymous said...

kirim salam kat mak tuk ye..cakap lebiu....

Faizul said...

abg terhangat: hai syam kekekekkekek...

gadis solehah: tu la kan, musykil sangat. takpe, malam ni kita tengok dia cemana.

anonymous: laaa, nama pun tak tau, cemana nak sampaikan salam lebiu tu...

bro.matt said...

salam kat maktuk..semuga sihat dan dibawah lindungan Allah hendaknya.amin..
teringat pulak kat maktuk duk alor star..umur dah lebih 80th..lama dah tak jenguk...

Faizul said...

bro.matt, terimakasih kerana bermurah hati doakan untuk maktuk. ada kesempatan dan keizinan tuhan, saya sampaikan salam saya ye.

pergi la jenjalan ke alor star jenguk maktuk masa cuti sekolah ni. dah la maktuk seronok jumpa mike, lepas tu tambah le seronok dia jumpa cucu-cucu yang dok gamatkan rumah dia. deme seronok camtu biasanya...

Pinkjambu said...

salam hari lahir untuk maktuk.. huhuhuhu... kita dah xde opah maupun maktuk.. belah suami pun dah xde juga.. sedey..

p/s : cik pai bahagiakah dengan suami? oopsss!!

~sikunang~

Faizul said...

terimakasih kak bulan kiut miut :) cik pai tak bahagia dengan dengan suami pasal takde. tu yang berblog ni ekekekeke...

Post a Comment