19 May 2009

dapat email... o.0

salam,

hua hua hua, dapat email dari Company Secretary. aku kena join Group CEO, COO dan Group FC minggu depan kat kl. kena mengadap new members dalam Board of Directors kampeni aku untuk bagi briefing. jadi aku cover section pasal tanggungjawab diorang berkaitan Audit & Risk Management Committee (ARMC) kampeni aku.

apa la aku nak present dalam masa 45 minit ni? kena buat elok-elok pasal diorang ni duduk dalam ARMC. maknanya, diorang ni bakal bos-bos rasmi aku. ye la, IA kan cuma report direct kepada Board of Directors je. ala-ala satu level dengan Group CEO la pulak kekkekkekkekk... well, itu lah life at companies listed in bursa malaysia.

aku cadang nak summarisekan apa-apa yang berkaitan pasal Listing Requirements, Malaysian Code on Corporate Governance dan Companies Act. 1-2 slides untuk setiap topik, dah le kot.
lepas tu baru aku present pasal Internal Audit, Risk Management, Corporate Governance, Business Continuity Plan dan Corporate Responsibility kot.
sebagai back-up, aku standby la satu summary pasal kampeni aku dan 3-4 anak syarikat yang aku jaga. harapnya, boleh la aku menyelit kat situ pasal aku ni at Group level tapi title (dan paling penting, gaji) aku masih setakat holding co. level je. hua hua hua mata duitan aku ni...

hmm..., alang-alang dah turun kl, rasanya nak ambik cuti la. lepak kat kl kejap.

No comments:

Post a Comment