salam,
sejak isnin aku sakit kepala yang acute, terutamanya di bahagian dahi, atas mata dan ubun-ubun. sakit sampai muntah-muntah. tidur banyak mana pun tak menjadi.
dah la badan aku sejuk. sejuk menggigil. tidur malam sampai berselimut walau pun dah pakai seluar-baju tebal. waktu siang pun sejuk melampau kat pejabat. walhal ipoh ni dah berapa minggu tak hujan.
dah nak mati kot. ajal itu pasti, kan...
jika ya..
aku mohon maaf atas segala salah silap aku. aku mohon halalkan segala hutang.
samada secara aku sedar atau tak tentang adanya salah dan hutang.
sesungguhnya aku manusia yang tak sempurna. meski aku mencuba yang terbaik, ianya tak akan pernah cukup/sempurna.
*sebenarnya aku takut dan tak mau mati. aku belum bersedia lagi. berdoalah, berusahalah, berserahlah dan terimalah Faizul, jika itu takdir-Nya*

No comments:
Post a Comment