salam,
ya, aku sering jujur tentang kelemahan, kekurangan dan keburukan diri aku ini. aku lebih senang jujur begini supaya orang boleh menilai dan buat keputusan tentang aku. dan aku sedar, ramai yang beranggapan negatif terhadap aku dan cara aku ini.
takpe lah. itu hak masing-masing.
aku bukanlah orang yang nak bercerita tentang kekuatan, kelebihan dan kebaikan diri aku ini. kerana aku rasa aku tak ada apa-apa. kerana aku nak elakkan berperasaan riak/takbur. kerana aku mahu melatih diri aku bersifat rendah diri.
fikirkanlah. korang kenal aku selama ini. korang tau kebanyakan pencapaian aku selama ini. korang tau kesusahan yang aku harus harungi selama ini.
jika aku takde kekuatan, kelebihan dan kebaikan dalam diri aku ini, mampukah aku berada pada tahap sekarang ini berdasarkan kelemahan, kekurangan dan keburukan diri aku ini?
dan fikirkanlah. korang tau yang aku berpendapat bahawa seorang lelaki bakal jadi seorang pemimpin, penjaga, pelindung dan pendidik. seharusnya seorang lelaki itu bersiap-sedia samada dari segi keagamaan, keberanian, ketegasan, kekuatan fizikal, kecekalan, ketabahan dan kemahiran-kemahiran yang perlu ada.
dengan izin Allah, aku sentiasa berusaha untuk semua ini.
-ye, diakui yang aku juga sebenarnya ada sifat harimau sembunyikan kuku-

No comments:
Post a Comment