23 April 2013

luahan hati..

salam,


ego, pride, pemarah, berdendam, riak dan takbur... bagaimana hati hendak tenang jika penuh dengan semua ini? semua ini penyakit hati yang akan tewas dengan sifat sabar, rendah diri dan lemah-lembut yang akhirnya membawa kepada ketenangan.

jika kita tak ada sabar, rendah diri dan lemah-lembut, itu maksudnya kita ada ego, pride, pemarah, berdendam, riak dan takbur dalam hati kita.

adakah kita hina kalau begitu? jijik? kotor? keji? jahil? kafir? kenapa perlu rasa begitu? semua sifat-sifat jahat ini memang akan sentiasa berada dalam hati mencuba untuk kuasa diri kita. kenapa? kerana ini adalah sebahagian daripada janji syaitan kepada Allah untuk menyesatkan kita. kita semua akan merasa semua ini walaupun bukan setiap masa.
kita bukan Nabi yang maksum.

kalau begitu, bagaimana nak buang semua ini dan mencapai ketenangan? minta pada Tuhan? betul! tapi, jangan harap Tuhan nak bagi dengan mudah tanpa usaha dan pensucian hati. latihkan diri untuk bersabar, rendah diri dan bersikap lemah-lembut. kenapa? kerana hasutan syaitan itu akan tetap datang selepas ini tapi sifat-sifat baik itu yang akan buat kita tenang dan kawal reaksi kita.

fahamilah bahawa alim-ulamak ramai yang bersifat sabar, rendah diri dan lemah-lembut bukanlah kerana mereka bebas dari hasutan syaitan tapi kerana mereka berjaya mengawal diri melalui sifat-sifat baik ini, dengan izin Allah.


-renung-renungkan dan selamat beramal-

No comments:

Post a Comment