23 May 2012

tingkap rumah aku :-)

salam,

dah lama aku tak jenguk blog ni. rasanya sepanjang hayat blog ni, ni la tempoh paling lama tak berjenguk. hehe sori la, aku tak sempat la nak layan blogging buat masa ni. sibuk sangat dengan urusan kerja, urusan dunia dan urusan hati.

aku perasan yang aku suka ber-blogging ni bila aku dalam keadaan jiwa kacau saja. banyak benor ilham yang datang masa tu. mmm risau gak aku, takkan semedang 24 jam je aku ni dalam keadaan jiwa kacau kan. mau jadi mental breakdown nanti dibuatnya. tapi, korang jangan la takut dengan aku dan ingat aku ni psycho ke, mereng ke, sesat ke, apa-apa ntah apa lagi lah hahahahahahaha...
tapi apa pun, korang ada hak untuk menilai aku berdasarkan apa korang baca kat blog ni. samada penilaian korang betul atau tak, nasib korang la kan.

kalau tanya pada aku sendiri, apa yang aku akan jawab ialah blog ni seperti tingkap ke dalam diri aku. jelas, kan? seperti tingkap sebuah rumah, bila korang jenguk ke dalam rumah melalui tingkap tu, apa yang korang nampak cuma terhad kepada ruang yang diberikan oleh tingkap tu. korang tak akan nampak sepenuhnya.

ada yang akan kata, personaliti aku kat email, pejabat, rumah, blog, skype, ym, msn, facebook, forum, geng ni, kumpulan tu, etc etc etc sepertinya ada kelainan. apa yang kelirunya, kalau korang anggap semua itu tingkap rumah personaliti aku?

ini bukan bermakna aku ni bermuka-muka. salah sama sekali. fikir sajalah situasi kehidupan kita semua. semasa di pejabat aku bersikap rasmi dan professional sebab aku membawa tanggungjawab sebagai seorang ketua jabatan, manager senior dan akauntan bertauliah. kalau tengah lepak bersama kawan-kawan sekolah, takkan aku bergaya penuh kontrol macho sedangkan kami dulu penuh dengan sejarah perangai gila-gila sesama kami. dalam forum yang topiknya serius, aku haruslah berinteraksi secara ilmiah dan penuh dengan fakta/hujah, kan? ada beza aku dengan korang?

blog ni? ianya satu tingkap ke bilik dalam sebuah rumah yang mana bilik tu jadi tempat aku merepek dan luahkan apa saja dalam diri aku.

No comments:

Post a Comment