salam,
apa la nasib, boleh pulak sanggup ikut kengkawan pergi layan ombak rindu. memula cadangnya nak tarik diri atau burn-kan aje tiket tu. tapi kenangkan suka kat maya karin versi wanita melayu sopan (tentunya Che Nin cerita Kak Limah la tetap wanita melayu sopan no. 1 okeh), aku pergi jugak la. perancangan aku ialah usha maya karin berlakon dan sambil tu, curi-curi tidur.
nak jadi cerita la, bila masuk je panggung, alamakkk sejuk yang amat! cemana nak tidur kan. terpaksa la layan cerita ni.
reviewnya:
1) cerita leleh melayu yang tipikal. leleh, leleh, leleh, leleh, leleh, lelehhh dan lelehhhhhhh. lelah la aku layan cerita melayu camni. ni la buatkan aku teringat balik kenapa sepanjang 36 tahun hidup aku, aku boleh bilang dengan jari je, berapa kali aku tengok cerita melayu kat panggung.
2) lakonan mantap aaron aziz, maya karin, lisa surihani dan bront palare jadi faktor penyelamat. malah aku rasa watak bront palare tu tak cukup la. entah kenapa aku lebih suka dan mampu ingat adegan-adegan bront palare berbanding adegan lain.
3) ada satu petikan lagu ni.. apa ntah.. "oh tuhan, tolongilah aku lembutkan hati dia" kot.. diulang tak henti-henti dari mula sampai habis. kedekut duit sangat ke nak upah orang buat 2-3 lagu yang best? dah la ni lagu background untuk scene leleh. aku rasa >10 kali la. jadi bila dengar je petikan lagu ni, aku tau dah, mesti scene leleh bakal menyusul. lelahhhhhhh la... mintak oksigen, please!
4) sila abaikan segala faktor logikal ke apa ke bila tengok cerita camni. ni kan cerita wayang, memang la banyak perkara tak logik yang ada pasal nak cun-kan cerita.
kesimpulannya,
kalau memang layan cerita melayu selama ni, sila la tengok. mesti terhibur. bawak la tisu 3-4 peket ye.
kalau minat mana-mana pelakon dalam cerita ni, sila la tengok. mesti terhibur. memang mantap.
kalau terpaksa akur layan kehendak awek yang ajak tengok apa-apa movie, sila la tengok. mesti terhibur. boleh sentiasa berpegangan tangan dari awal cerita sampai habis.
kepada yang lenlain, tak yah la tengok, nanti nyesal.

4 comments:
mak suka komen pai paling last miahaha
hahaha terimakasih kak MW
Ang meleleh x airmata tu faizul??? Hahaha
chesss confirm le tak meleleh. apa barang nak leleh leleh ni...
Post a Comment