27 November 2010

musim kenduri... :'(

salam,

aihhh boring la, musim kenduri kahwin dah bermula.
tiba masanya aku kena jawab soalan cepumas; "umur dah 35 tahun, bila nak kahwin lagi?".
atau disindir; "jangan la memilih calon sangat".
adehhh...

bukan aku tak nak kahwin
tapi aku tak de calon

bukan aku memilih
tapi diorang (calon yang aku minati) tu yang memilih, tak mau kat aku
tapi aku tak salahkan diorang
dari segi fizikal, aku memang tak hensem terutamanya tang perut tu
dari segi kewangan, aku memang tak kaya
dari segi agama, aku memang tak alim

hahaha korang kalau ada yang berminat dengan aku, silakan lah ye... tolong! tolong! help! help!

16 comments:

gadis solehah lagi sopan said...

tula padah asyik kirim salam je..awwww..

Faizul said...

hoihhh hoihhh gadis solehah lagi sopan; salah tu. ni la padah asyik mintak kirimkan salam tapi gadis solehah tak nak tolong... sampai hati.

♦♦orked♦♦ said...

back to basic la.. mintak mak tlg carik kan.. hehe

Faizul said...

orked; mak cakap, dia pun tak larat nak carikan, asyik takde yang berminat. huwaaa sedihnya.

♦♦orked♦♦ said...

hahaha... chill bro...
ade jodoh x kemane..

try jusmate.. nak lg senang london weight management..
=)

Faizul said...

orked... tak berani try jusmet. takut nanti jadi 2 alam pulak. lagi bahaya tuuu... hahaha

♦♦orked♦♦ said...

hahahaha...
x jadik 2 alam kowt.
cume takut rambut jek bertukar style nnt.
ekekeke

Faizul said...

orked; tu pun ngeri jugak tu, kalau dapat rambut jadi camtu. mau merana jiwa malu kena gelak dengan orang.

♦♦orked♦♦ said...

haha... rambut jutawan kowt..
mane tau nnt kowt2 dpt aura jutawan tu nnt..
=)

Faizul said...

orked, kalau jutawan duit, tak apa la jugak. kalau setakat jutawan rambut sahaja, apa guna huwaaaa... tak mau tak mau...

syitah said...

tang perut leh tukar kut ;p

Faizul said...

hai syitah.. lama tak bersua di alam maya :)

syitah said...

maaf deh. saye kuat main neopets je klu online skrng ni heheh. cuti skolah kan ;p

Faizul said...

hahaha syitah, bestnya dapat main neopets.. tak pergi jalan jalan honeymoon ke?

syitah said...

xbleh. suami ade kelas masa cuti skolah. huhu

Faizul said...

alaaa siannya syitah...

Post a Comment