salam,
sedih jugak aku tengok perkembangan umat melayu nak memasuki bulan ramadhan yang mulia ini. fokusnya bukan untuk beribadat. tapi, antara contohnya, ramai yang;
berbelanja besar untuk memeriahkan raya. puasa pun belum tentu cukup atau diterima, kenapa nak kejar kemeriahan raya?
kejar buffet di hotel. bulan ramadhan ini untuk kita kuasai nafsu dan rasakan sekelumit derita mereka yang hidup susah, kenapa kita jadi hamba tembolok sendiri?
jaja muka bila ada ahli politik yang taburkan duit buat jamuan berbuka puasa. kalau bukan duit rakyat, duit siapa tu. kalau duit kerajaan pun, ke mana sepatutnya ia dibelanjakan. kenapa jamuan hanya untuk para penyokong saja sedangkan ramai fakir-miskin, anak yatim, warga tua dan para OKU ada dalam malaysia ni. kenapa wujud rasa tamak haloba dan riak takbur demi mengejar tuhan politik, sedangkan kita sudah ada pun tuhan yang esa?
jalan-jalan cari makan di pasar ramadhan. kenapa bazirkan masa dan wang yang sepatutnya digunakan untuk menambah amal-ibadah?
dan yang menyedihkan ialah amalan majlis moreh/berbuka puasa di sesetengah masjid. ramai yang mendermakan duit semata-mata ingin bersedekah menambahkan pahala dan bantu orang susah selain menggalakan ramai datang mengimarahkan masjid. kenapa;
1) mengadu kepada pihak berkuasa tertentu tentang kedatangan sesetengah golongan rakyat yang hadir untuk menikmati juadah berpuasa tu dan minta tindakan diambil.
2) sanggup buat 'booking' tempat duduk sendiri dan kawan-kawan sefahaman pada hari pertama berbuka puasa, dan pada hari-hari kemudiannya, menghalau memana individu yang duduk di tempat yang sudah di-booking itu.
3) tak mahu, walaupun tahu juadah adalah terhad, bertimbang-rasa berikan peluang supaya mereka yang kurang berupaya dapat menikmati nikmat berbuka puasa sedangkan diri sendiri mampu berbuka puasa di rumah bersama keluarga.
apa hak anda menidakkan hak mereka yang ingin berbuka puasa tu.
apa hak anda untuk tidak amanah setelah dipercayai para dermawan yang menyumbangkan dana untuk berbuka puasa.
apa hak anda untuk tentukan masjid ini hanya untuk ahli umno saja.
kesimpulannya, korang fikirlah sendiri perangai ahli-ahli umno ni. islamik sangat kah?
mana totok-totok umno kat sini, tak berani jawab kah?

No comments:
Post a Comment