28 June 2010

jalan mana?

salam,

"the best thing about getting lost is what you find along the way"

aku suka ni.
aku rasa, memang benar, berdasarkan pengalaman aku yang pernah sesat dalam perjalanan hidup menuju kepada-Nya. ada risikonya. namun, ada baiknya. banyak perkara baik-buruk yang aku alami, pelajari dan tak kurang, hindari. kalau tak kerana anugerah-Nya, memang aku boleh sesat selamanya.
kini, semua pengalaman ini bantu kuatkan aku dari segi rohani dan jasmani. jadi bekal aku dalam menongkah saki-baki kehidupan aku yang masih ada.

bukan aku hendak memperlekehkan orang yang mengikut jalan sedia ada. bukan jua hendak meremehkan jalan sedia ada.

jalan sedia ada ni, tetap ada baiknya, kerna jalan yang sedia ada adalah jalan yang terbukti baik dan mudah untuk ramai. namun, bagi aku, ianya memupuk sifat pak turut, takutkan risiko dan menghalang minda mencorak jati diri.


lagipun, jalan sedia ada ini pun asalnya wujud kerna ada yang sanggup mencuba meneroka mencari jalan yang terbaik, kan?

2 comments:

Anonymous said...

jalan yang baik o jalan yg xbaik...itu pilihan kita.

Faizul said...

atty, betul tu :)

Post a Comment