10 February 2010

bengang! :D

salam,

lamanya tak menjenguk kat sini. maaf le, aku sibuk dengan persiapan mengadap lembaga pengarah. biasa la, sekarang kan musim tutup akaun dan siapkan laporan tahunan syarikat. banyak draf nak disiapkan, banyak perenggan nak disemak, banyak syarat nak dipatuhi, etc.

aku cuma nak suarakan rasa sedih aku dengan keputusan mahkamah pasal kedudukan ds nizar. tapi, bukan sedih pasal undang-undang ye.
yang pasal undang-undang diperkudakan tu, tak pe la. terima je la dalam sedih. adat la kalau manusia bertuhankan nafsu ni, kalau agama yang diamanatkan oleh tuhan pun mampu dibuang, apa sangat la bab undang-undang rekaan manusia sendiri...

yang aku sebenarnya amat sedih ialah bila tengok perangai sedara-mara (semua umat islam kan ke bersedara) aku.
entah le apa sebabnya. jahil ke, bodoh ke, tamak haloba ke, ingkar ke, lemah ke, aku pun tak tau... kenapa sanggup bersorak menari-nari terkinja-kinja melompat gembira kerana taksubkan diri dengan bertuhankan parti, melacurkan agama dan bernabikan orang-orang bersifat munafik, musyrik atau mulhid?

alahhh, 1001 alasan digunakan untuk tegakkan benang basah... biarlah berbuih berhambur berlendir mulut diorang tu penuh air liur pun, kita tetap tau perangai 'talam 2 muka' diorang tu.
apa, diorang ingat kita ni bodoh? dulu diorang sendiri yang mengadu pasal sering dilupakan, diabaikan atau dipinggirkan bila 'habuan' tak dapat atau terlepas giliran, sekarang ni diorang jugak yang menaikkan taraf orang tersebut sebagai lembu suci.
sudah terlalu banyak bukti yang ada, samada dari mulut mereka sendiri atau didedahkan oleh para mangsa... namun, kalau sudah dibutakan hati yang hitam tu, apa hasilnya, kan?

kenapa diorang ni tak berani nak berkiblatkan agama? lu pikir la sendiri... apa guna bersongkok, apa guna bertudung, apa guna ber-scarf (mazhab mana ntah ni)... sedangkan perkara basic macam solat pun tak terjaga? takkan la setiap kali pun nak bagi alasan period la, tak sempat mandi junub la, etc?

aku bukan maksum. aku sendiri banyak buat perkara yang salah. aku sendiri mencuba untuk lebih akur kepada segala suruhan agama...
tapi,
perlukah aku jadi maksum baru aku boleh berkiblatkan agama?
tak boleh ke aku berusaha menuju syurga dalam kepincangan dan kekurangan diri aku ni?
salah ke kalau aku nak tentukan perkara itu betul atau salah berlandaskan kepercayaan agama aku?

my conscience is clear. aku taksub kepada tuhan yang maha esa, agama ialah cara hidup aku dan aku memohon syurga melalui amalan fardhu ain aku, fardhu kifayah aku, kebajikan aku, zikir aku, etc selagi mana yang aku mampu.


ps:
syok sebenarnya taksubkan tuhan islam ni. semua parti pun aku boleh tegur kalau dah betul bersalah...

No comments:

Post a Comment