18 December 2009

aku & anime...

salam,

aku tak tau korang minat anime ke tak. layan ke? aku? aku layan la jugak anime ni. banyak jugak anime yang aku tengok. hentai pun aku layan jugak kakakakakaka... tapi kat bawah ni adalah beberapa anime yang aku anggap special pada aku.

pengalaman aku dengan anime ni bermula masa aku dalam tingkatan 2 kot. tahun 1989 la kiranya. masa tu, masih gunakan video tape vhs woooo... ceritanya, akira. ganas jugak la cerita ni. pecah kepala sesuka hati je. aku cukup minat konsep motor dan helmet diorang. sampai sekarang aku masih terfikir, kat mana nak cari/buat helmet macam dalam cerita ni.





pada masa sama, aku mula kenal pasal epik robotech. ni bermula dengan cerita super dimension fortress 1, macross. punya la minat sampaikan aku dah khatam cerita generasi 1, generasi 2, generasi 3 dan the sentinels. bukan aku sorang je yang minat ni. kat asrama, ramai je dok main boardgame robotech ni. aku tak pernah jadi gamemaster pasal aku syok jadi player. syok dok baling dadu nak berperang dengan orang jahat pakai mecha hahahahaha! kalau kat tv, korang mungkin ingat cerita mospeada? itu generasi 3 punya cerita, tau.


dulu, aku dok tunggu tahun 2009. kenapa? pasal kalau dalam cerita ni, tahun 2007, sdf-1 terhempas ke bumi. tahun 2009, sdf-1 tengah nak buat test run bila the zentraedi arrived! :P


tak lama lepas tu, cerita ghost in the shell pulak. dari segi teknologi grafik, memang jauh lebih maju berbanding dengan akira. masa tu, kiranya cun habis la. dah la takde tapis apa-apa. nude ke, violent ke, apa ke, semua ada. tu yang makin bergelora hormon dibuatnya. oh ye, aku suka buat quote berkaitan dengan konsep a ghost in the shell ni.






sapa ingat cerita ni? hehehehehe memang korang tak 'hidup' la kalau tak tau cerita ni. macam cerita gensomaden saiyuki dan naruto, cerita ni cilok dari legenda journey to the west, sun wukong. aku kumpul buku komik versi melayu tu dari edisi 1 sampai habis. masih dok simpan lagi, tau. kengkadang, aku baca balik bila boring. setakat ni je la. aku tak follow dah dragonball ni. banyak sangat siri itu-ini sampai aku jadi muak...





lepas tu, samurai x. hehehehehe, sapa je tak tau pasal si battousai ni, kan? pure slash and hack fun. memang le ada diserapkan nilai-nilai murni, tapi aku tak pedulik. aku memang tertunggu adegan lawan je. syokkkk wooo, tengok battousai berlawan. power gile!






lepas tu, gensomaden saiyuki. 4 hero ni memang best le. unik dan lawak. dan trademark cerita ni mesti pasal diorang dok bertekak sesama sendiri atau dok buli si monyet. lepas tu gerenti si sami tu terpaksa leraikan dengan gaya yang ganas hahahaha...





semasa aku memula layan naruto, aku pun layan fullmetal alchemist jugak. tak tau kenapa aku minat sangat kat cerita ni. mungkin pasal ceritanya berkait pasal si abang yang bersungguh nak pulihkan si adik? oh ye, aku suka jugak buat quote berkaitan konsep equivalent exchange tu.




1-2 tahun lepas, aku layan cerita afro samurai. ceritanya, cam biasa je. tak logik pun ada. menyampah pun ada. tapi tu la kan, saja nak tengok cubaan orang barat menganimekan karya diorang. ok jugak la grafik dia. lelama, it grows on you, macam cerita samurai jack jugak la. personally, aku suka tengok gaya si afro samurai tu berposing hahahaha...



sekarang ni, aku masih follow cerita naruto. tak payah la cerita bebanyak kan. punya la masyhur si naruto ni. kalau tak tau jugak, sila gunakan google ye.





oh ye, special mention aku ialah samurai jack dan south park.
walaupun samurai jack ni ala-ala anime je dan south park ni langsung tak macam anime, aku berpendapat yang dedua cerita ni ada kualiti tersendiri. memula tengok, tak best tapi lelama, macam terasa nak follow pulak. sapa nak tengok south park, sila tahan telinga bila dengar bahasanya :p




korang, silalah click kat gambar-gambar tu untuk tengok versi yang lebih clear dan cun!

4 comments:

cikmemy said...

semua yg ko cite 2 aku tak penah tgk~hukhuk

Faizul said...

aikkk cepatnya dah komen. aku belum habis adjust apa yang patut pun lagi hahahahaha...
ala, beza umur kita banyak mana, logik la cikmemy tak pernah tengok...

Pinkjambu said...

1989 form 2? owhh, saya masih belom lahir lagi (stetmen perasan muda) kekeke.. tau naruto dgn samurai-x jek, tu pon sebab anak buah melampo beno layan.. kekek

Faizul said...

ekekkekek ni sorang lagi ni, mentang-mentang la muda, kenakan aku ye... ni nak nangis ni.

Post a Comment