07 August 2009

terbantut ke?

salam,

kengkadang, aku sedih pasal kerjaya aku. rasa terbantut je...
aku mula kerja pada pertengahan 1999. disebabkan aku ada bertukar jabatan, aku terlepas sesi kenaikan pangkat pada 2001. tapi ada dapat pelarasan gaji. aku cuma merasa naik gred pada awal 2002.
tapi, aku cemerlang lepas tu.
awal 2003, aku upgraded lagi. tapi, hehehe, aku resign lepas merasa gred baru beberapa bulan. masuk ke kampeni sekarang dengan rank yang sama.
hujung 2003, 2 bulan lepas aku dikonpemkan ke jawatan aku, aku upgraded lagi. amacam, heh heh? kecoh gak le, kat sini, tradisinya ialah kena kerja 4-5 tahun dulu baru boleh dapat kenaikan, dan first 2 years takde increment dan bonus.
1.5 tahun lepas tu, aku naik jadi HOD. kecoh lagi... yang termuda dan terpantas dalam sejarah tak kira bangsa. biasanya kat sini, yang sama gred dengan aku, generally umur dah 40-an dan 50-an.
2007, aku upgraded lagi. rekod dipecahkan lagi sekali. rank aku tinggi dari kebanyakan ketua jabatan kat sini, tak kira bangsa. cuma ada beberapa orang je lagi terkanan dari aku.
dan, aku lah melayu paling tinggi ranking-nya kat sini. dan termuda. dan terpantas. sebab yang sama gred dengan aku rata-ratanya dah 50-an.

tapi 2009 ni, apakah yang bakal mendatang? aku idamkan kenaikan sekali lagi walaupun aku rasa amat susah, considering status minoriti aku di sini. biasa la, melayu kerja kat kampeni cina.

mmm, aku tak la pentingkan sangat pangkat ni.
kalau korang dah fly too close to the sun, akan faham kenapa ada yang prefer jadi second man je. especially kalau bos tu adalah the board of directors themselves. lebih baik ada payung nak lindungi kita dari matahari.
kalau korang pernah merasa bekerja direct dengan chairman tan sri quek leng chan sendiri, korang faham la. nak buat presentation depan dia pun dah terketar-ketar... tunggu masa nak kena maki je. dah la dia ni kalau bab maki, memang takde insuran kat mulut tu.

aku lebih pentingkan gaji. aku anggap ianya a recognition of my successes.
ok la, mungkin aku boleh compete dengan yang bergaji RM7-RM8 ribu kat kl tu, tapi tipu la kalau aku tak idamkan gaji 5 angka. walaupun kampeni aku ni kat ipoh, bukan kat kl...
kengkawan yang sesama bermula mencuba terbang dari kampeni lama dulu, ada yang sama rank dengan aku tapi gaji lagi best. ada yang lebih best dari aku dengan gaji 5 angka. malah, ada yang masih agak cikai pangkatnya dari aku dari dulu sampai sekarang, tapi gaji best pulak dari aku.

well, kat kl la. memang possible. aku tak nafikan kalau kat kl, aku boleh dapat semua tu dengan pejam mata je. offer letter dari scomi, midf, nagamas, etc. tu pun masih aku simpan. setakat level GM dengan gaji 5 angka, tak susah kalau aku nak bertapak kembali di kl.
tapi, aku tak dapat pindah ke kl.

jadi, cemana? kalau awal tahun depan aku tak dapat apa-apa, confirm ke karier aku terbantut? dapat ke aku terima situasi tu nanti?

note:
aku cuma have faith yang pengorbanan aku ni ada hikmah dan balasannya.
dan aku tak nafikan, seronok dengan life kat ipoh sekarang ni. non-career wise la...

7 comments:

. said...

suruh company tu pindah ke ipoh.hehe.

Faizul said...

wahahahhaa nizamsani, kalau dapat, memang tu yang aku nak pun...

Mithali Wannabe said...

faizul... nak dapat yg best kena ada pengorbanan

Faizah said...

aku pon rasa nak tuka keja, lg 4 bulan genap la 5 thn aku kt sini, lg pon baru dpt email, ada company lain nak beli company aku skang, tp aku kena tunggu thn depannnnn huhu

Faizul said...

hai kak MithaliWannabe, tu la, tang pengorbanan tu yang tak sanggup.

hai Faizah, tunggu la dulu kot kot diorang nak bagi offer lagi bagus.

Anonymous said...

teman berbangga dapat berkawan ngan mike dan lebih berbangga jika teman menjadi sebahagian dari keseronokan mike duduk kat ipoh ni..dan yang paling penting teman bangga dapat merasa mike belanja makan..belanja wayang..belanja karaoke..belanja itu ..belanja ini..(itu le gunanya dapat kawan yang kaya)..haha...val

Faizul said...

val, terimakasih :) mike pun banyak membelanja teman tau...

Post a Comment