12 June 2009

kita hidup hanya sekali je...

salam,

semalam sakan melepak hahaha. lepas kerja, lepak dengan syam sampai 830pm. balik rumah, mandi, lepas tu keluar balik. lepak dengan wea fung, alvin & azzuhri pulak, sampai 2am.

wea fung ni, dia ni memang live life to the fullest. sepanjang masa, ada je dia nak buat sesuatu.
jadi, masa lepak tu, wea fung bukak la cerita dia. pasal cemana dia boleh tergerak hati nak join aktiviti-aktiviti yang dia dok buat sekarang ni. kengkawan lain memang dah lama tau, cuma aku sorang je tak tau lagi.

dan cerita dia buatkan aku berfikir. betul jugak kan. kalau kita tak nak cuba buat apa yang kita dok dari dulu minat nak buat tapi asyik tertangguh pasal malas, malu, tunggu kawan, etc... bila lagi? takkan selepas 1 (atau macam kes dia, 2) kali di ambang maut, baru nak tergerak hati untuk menikmati hidup sepenuhnya? itu pun, kalau terselamat la.

cerita camni, memang la kita biasa dengar atau baca. pada aku, bezanya ialah kali ni aku dapat tengok, dengar dan experience sendiri secara live.

jadi, aku nak ambil dia sebagai contoh.

wea fung, kalau aku tak busy, aku akan datang bagi sokongan moral kat ipoh parade sabtu minggu depan. go go go, mr. perak!

2 comments:

. said...

aktiviti apa?

Faizul said...

nizamsani: dia sekarang minat body-building. tak padan dengan kurus. tapi memang menjadi la badan dia.

Post a Comment